Pengenalan Boeing 757

Boeing 757 direka bagi melengkapi fungsi 767 untuk laluan udara dan kurang sibuk. Disebabkan ia perlu terbang dengan tinggi dan terbang jauh, maka ia dilengkapi dengan enjin bertujahan tinggi. Bilangan penumpang maksimum pula dinaikkan seramai 50 orang untuk tujuan ekonomik. Kerana 757 menggunakan komponen-komponen 767, maka ini memudahkan latihan bagi anak-anak kapal dan penyelenggaraan. Fiuslaj 757 mempunyai diameter yang sama dengan 707, 727 dan 737. Pengeluaran 757 diberhentikan selepas penjualan melepasi 1000 dan akan digantikan dengan 737-900 walaupun 737-900 bukanlah pesawat berjulat sederhana.

Malahan, 757 menjadi pilihan oleh kebanyakkan penerbangan untuk perjalanan jauh terutama sekali laluan merentasi benua dan lautan. 757 adalah model pertama Boeing yang dilancarkan tanpa menggunakan enjin buatan Amerika Syarikat iaitu Rolls-Royce RB211-535. Akan tetapi, Pratt & Whitney PW2000 turut dijadikan pilihan selepas itu.